Letupan berhampiran pusat ujian COVID-19 di Belanda

THE HAGUE, 3 MAC – Satu letupan berlaku hari ini berhampiran pusat ujian COVID-19 di Belanda, menyebabkan tingkap berkecai tetapi tiada sebarang kecederaan, menurut kenyataan polis.

“Berhampiran dengan perkhidmatan kesihatan tempatan pusat ujian di Bovenkarspel, satu letupan berlaku pada pukul 6:55 pagi.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan. Kawasan kejadian telah ditutup,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Skuad bom dihantar untuk memastikan sama ada terdapat bahan letupan yang masih berada di tempat kejadian, rangkaian televisyen awam NOS melaporkan.

Pada Januari pusat ujian COVID-19 di Belanda dibakar di perkampungan Urk sebagai tanda bantahan mengenai bermulanya perintah berkurung bermula tengah malam dilaksanakan oleh Belanda sebagai langkah untuk menghentikan penularan virus.

Bantahan berlaku di Belanda berlarutan selama beberapa malam, yang paling teruk pernah disaksikan negara tersebut dalam masa dekad-dekad.

Mahkamah minggu lalu mengarahkan kerajaan untuk segara melonggarkan perintah berkurung di seluruh negara, menyatakan pihak kerajaan telah menyalahgunakan kuasa darurat untuk melaksanakan sekatan. – AFP

Skuad bom menyiasat kawasan letupan yang berlaku berhampiran dengan pusat ujian COVID-19.- AFP