Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan berkembar ragut 31 nyawa

    BAGHDAD, 15 Jan – Letupan berkembar telah mengorbankan 31 orang di Baghdad, serangan yang berlaku dalam masa tiga hari sekali gus mencabar pihak berkuasa yang telah mengumumkan kemenangan ke atas pejuang jihad.

    Namun, belum ada pihak yang tampil bertanggungjawab ke atas serangan itu, tetapi sebahagian besar serangan yang berlaku di Iraq adalah dilakukan oleh kumpulan Jihad IS.

    Pengeboman itu berlaku sejurus selepas kerajaan Perdana Menteri Haider al-Abadi mengisytihar kemenangan ke atas IS pada Disember lalu dan negara kini dalam rangka persediaan untuk pilihan raya parlimen.

    “Dua pengebom berani mati meletupkan diri di Dataran Tayyaran, Baghdad,” kata Jeneral Saad Maan, jurucakap Operasi Gabungan, yang termasuk tentera dan pihak polis.

    Abdel Ghani al-Saadi, ketua bahagian kesihatan di timur Baghdad melaporkan bahawa 31 orang maut dan 96 lagi cedera.

    Skuad keselamatan Iraq berlegar-legar di kawasan pengeboman berkembar yang telah mengorbankan 31 orang. – AFP

    Dataran Tayyaran merupakan pusat komersial yang sibuk dan juga tempat di mana para buruh berkumpul awal pagi untuk mencari pekerjaan. Ia juga merupakan tapak serangan berdarah sebelum ini.

    Pihak keselamatan mengepung tempat pengeboman dan beberapa ambulan kelihatan di kawasan itu, menurut wartawan AFP.

    Abadi mengadakan mesyuarat tergempar dengan Operasi Gabungan dan beberapa ahli perisik selepas berlakunya pengeboman itu, menurut pejabat yang menyuruh mereka untuk menyingkirkan pengganas IS dan mengawal orang awam”.

    Para penganalisis juga memberi amaran bahawa IS akan melancarkan serangan tersebut untuk memberi tekanan selepas kehilangan kawasan di sempadan Iraq-Syria.

    Pada Disember lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan ‘peperangan sudah berakhir’ menentang IS di mana pejuang IS telah diusir dari wilayah Baghdad dan pusat-pusat bandar di Iraq.

    Walau bagaimanapun, elemen Jihad masih aktif.

    Baru-baru ini serangan berani mati berlaku berhampiran pos keselamatan yang telah mengorbankan lima orang di bahagian utara Baghdad. Setakat ini belum ada pihak yang bertanggungjawab atas pengeboman itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda