Letupan bom di landasan kereta api

NARATHIWAT, 27 NOV – Sebutir bom meletup di landasan kereta api di Daerah Sungai Padi, Narathiwat namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada awal pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5:50 pagi waktu tempatan (6:50 pagi waktu Malaysia), letupan itu telah menyebabkan kerosakan kira-kira satu meter pada landasan kereta api antara stesen Sungai Padi dan To Deng.

Letupan itu telah menyebabkan perkhidmatan kereta api ke selatan Thailand terjejas.

Ketua Polis Daerah Sungai Padi, Kol Pol Apakorn Virupak-arak berkata bom buatan sendiri seberat 25kg kilogram dipercayai dipasang pada tong gas dan diaktifkan dengan menggunakan wayar.

“Letupan itu turut menyebabkan 14 perkhidmatan kereta api tergendala,” katanya.– Bernama