Letupan bom korbankan tujuh nyawa di Yaman

DUBAI, 29 Jan – Satu serangan bom di sebuah pasar telah mengorbankan tujuh orang awam warga Yaman termasuk seorang jurugambar untuk satu saluran Televisyen Emiriah Arab Bersatu (UAE) di bandar Mokha yang dikawal oleh kerajaan, menurut sumber perubatan dan pertahanan hari ini.

Sekurang-kurangnya 20 orang yang lain cedera dalam ledakan yang berlaku semalaman itu di bandar Laut Merah, di mana pasukan pro-kerajaan yang disokong oleh gabungan yang dipimpin oleh Saudi, memerangi pemberontak Houthi.

Peranti peledak yang direka itu diletakkan di sebuah motosikal yang ditempatkan di tengah-tengah pasar itu, kata seorang pegawai pasukan pro-kerajaan memberitahu AFP.

Tujuh orang terbunuh, kata sumber rasmi dan hospital.

Seorang jurugambar untuk TV Abu Dhabi, Ziad al-Sharabi, adalah antara yang terkorban, menurut agensi berita rasmi Saba memetik ucapan menteri maklumat Moammer Al-Eryani.

Seorang koresponden untuk rangkaian yang sama, Faisal Al-Zabhani, adalah antara yang tercedera, katanya.

Tidak ada kumpulan yang segera mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut, tetapi Saba menyalahkan serangan itu terhadap kumpulan Houthi yang disokong Iran.

Bandar Mokha telah menikmati keadaan tenang sejak pasukan kerajaan merampasnya dari pemberontak pada Julai 2017.

Perang di Yaman memuncak pada Mac 2015, ketika Presiden Abedrabbo Mansour Hadi melarikan diri ke Arab Saudi dan kerajaan campuran mengambil alih.

Sejak itu, konflik itu telah mengorbankan hampir 10,000 orang dan menyebabkan krisis kemanusiaan terburuk di dunia, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pegawai bantuan PBB mengatakan 80 peratus daripada 24 juta orang penduduknya memerlukan bantuan dan kira-kira hampir 10 juta orang diselubungi dengan masalah kebuluran. – AFP