Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan bom ragut dua jiwa

    YANGON, 27 SEPT – Satu letupan bom di bahagian utara Myanmar membunuh dua orang dan mencederakan belasan lainnya hari ini, sumber tentera dan anggota organisasi penyelamat tempatan memberitahu AFP.

    “Menurut laporan awal, dua orang lelaki terbunuh dan 10 lainnya cedera akibat letupan,” yang berlaku kira-kira 6 petang (1130GMT) berhampiran pusat kawalan di luar bandar Lashio di negeri Shan, sumber tentera yang enggan didedahkan namanya memberitahu AFP.

    Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat kejadian, tambah mereka.

    Letupan membunuh dua orang dan mencederakan 14 orang, kata anggota organisasi penyelamat tempatan kepada AFP, yang turut enggan nama mereka didedahkan.

    Satu mayat ditemui di dalam sebuah bas, yang membawa kira-kira 30 orang penumpang apabila letupan berlaku, katanya.

    Pertempuran antara pihak tentera dan pejuang pakatan anti rampasan kuasa dan pemberontak etnik telah menggegarkan bahagian utara negeri Shan, berhampiran sempadan China, sejak beberapa hari lalu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda