Letupan bom tangan di sebuah majlis perkahwinan

KHARTOUM, 21 JAN – Sebutir bom tangan yang meletup di sebuah majlis perkahwinan pada Isnin di ibu kota Sudan telah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan pada hari ini.

Insiden itu berlaku di kejiranan Shegla dalam daerah al-Haj Youssef susulan pergaduhan antara dua individu yang menyaksikan seorang daripadanya melempar sebutir bom tangan. Sekurang-kurangnya 40 lagi cedera termasuk kanak-kanak.

Kementerian itu memaklumkan Anadolu bahawa mangsa telah dikejarkan ke beberapa hospital dan situasi tersebut sedang dipantau. – Bernama