Letupan dekat kompleks tentera gegarkan Tehran

TEHRAN, 26 JUN – Satu letupan tangki gas berhampiran sebuah kompleks tentera menggegarkan Tehran semalam, kata kementerian pertahanan Iran hari ini.

Kompleks berkenaan berada di bawah pengawasan nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini selama lima tahun.

Tangki gas berhampiran kompleks itu meletup sekitar tengah malam, dengan agensi berita Fars mengatakan ‘sebilangan pengguna media sosial dilaporkan melihat cahaya berwarna oren’ di timur ibu kota Iran. Rakaman amatur yang disiarkan di televisyen negeri menunjukkan apa yang kelihatan seperti bola api oren besar di ruang udaranya pada tengah malam. “Tangki gas meletup di kawasan umum Parchin. Syukurlah, tidak ada korban jiwa,” kata jurucakap kementerian pertahanan Brigadier Jeneral Davoud Abdi.

“Kejadian itu berlaku di tenggara Tehran akibat kebocoran tangki gas yang berlaku di kawasan umum Parchin dan menyebabkan letupan.” Bagaimanapun kebakaran berjaya dikawal oleh anggota bomba, dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan penyebabnya, kata Abdi kepada televisyen negeri. – AFP