Letupan di Beirut umpama satu serangan bom – Trump

WASHINGTON, 5 OGOS – Presiden Donald Trump berkata beliau dimaklumkan oleh jeneral tentera Amerika Syarikat (AS) letupan kuat yang menggegarkan Beirut seolah-olah sebuah letupan bom.

“Ia seperti satu serangan yang mengerikan,”Trump memberitahu wartawan di Rumah Putih.

“Ia kelihatan seperti itu, berdasarkan letupan tersebut. Saya bertemu dengan beberapa jeneral kita yang hebat dan mereka juga berpendapat sama,” katanya. “Ini bukan sejenis kejadian letupan akibat aktiviti pembuatan. Ia kelihatan seperti , menurut mereka – mereka lebih tahu daripada saya – tetapi mereka seolah-olah menganggapnya sebagai satu serangan.

“Seperti serangan bom, ya.”

Pegawai Lubnan tidak menggambarkan letupan yang menggegarkan ibu negara itu sebagai serangan. Perdana Menteri Hassan Diab berkata 2.750 tan baja amonium nitrat yang disimpan selama bertahun-tahun dalam gudang di tepi pelabuhan Beirut telah meletup, meng-akibatkan ‘bencana yang dahsyat’.

“Apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku tanpa penanggungjawaban,” kata Diab. “Mereka yang bertanggungjawab terhadap bencana ini akan membayar harganya.”

Ketua Pengarah Keselamatan Abbas Ibrahim berkata “bahan yang sangat mudah meletup” yang telah dirampas bertahun-tahun sebelumnya telah disimpan di gudang. – Bernama