Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Letupan di Chasiv Yar ragut 15 nyawa

    CHASIV YAR, UKRAINE, 10 JULAI – Peluru berpandu Rusia telah menyerang bangunan pangsapuri di timur Ukraine hari ini, meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa ketika tentera Moscow berusaha untuk menakluki wilayah Donbas.

    “Semasa operasi menyelamat, 15 mayat ditemukan di tempat kejadian dan lima mangsa lagi terselamat dan berjaya dikeluarkan dari runtuhan di bandar Chasiv Yar, menurut kenyataan cawangan tempatan perkhidmatan kecemasan Ukraine menerusi akaun Facebook mereka.

    “Lebih kurang 30 mangsa berada di bawah runtuhan bangunan empat tingkat selepas ia diletupkan oleh peluru berpandu Uragan Rusia, kata gabenor wilayah Donetsk menerusi platform Telegram.

    Sebahagian dari bangunan tersebut musnah dalam serangan berkenaan, menurut wartawan AFP di tempat kejadian semasa anggota penyelamat berusaha menapis runtuhan dengan penggali mekanikal.

    Setakat ini, anggota penyelamat berjaya menemukan tiga mangsa di bawah runtuhan tersebut, kata pihak perkhidmatan kecemasan.

    Setelah berdepan dengan pertempuran yang lama dalam menakluki kawasan terakhir di kejiranan wilayah Lugansk, tentera Rusia sekarang menumpukan untuk menakluki Donetsk sekali gus berhasrat untuk mengambil alih keseluruhan wilayah Donbas. – AFP

    Anggota penyelamat semasa berada di tempat kejadian selepas serangan peluru berpandu yang memusnahkan sebahagian bangunan pangsapuri empat tingkat tersebut. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...