Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan di Diyarbakir angkara pengganas

    ANKARA, 12 April – Letupan yang berlaku di sebuah bangunan polis di wilayah Diyarbakir tenggara Turki adalah angkara keganasan, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

    Dalam temu bual dengan penyiar swasta Haberturk, Soylu berkata, siasatan mendedahkan kejadian berpunca daripada serangan pengganas dan kini seramai 10 hingga 12 mangsa sedang menerima rawatan di hospital.

    Beliau berkata, serangan dilancarkan melalui terowong bawah tanah, lokasi di mana bahan letupan diletakkan.

    Kejadian pada Selasa itu berlaku di bahagian pembaikan kenderaan perisai di perkarangan Direktorat Keselamatan Diyarbakir, mengakibatkan bahagian bumbung bangunan itu runtuh. Seorang pegawai polis dan dua orang awam terbunuh dalam kejadian itu.

    Pada perkembangan lain, lima suspek ditahan pada 12 April bagi membantu siasatan, lapor agensi berita Dogan. – Bernama

    Asap tebal kelihatan selepas letupan di bangunan polis rusuhan di wilayah tenggara Diyarbakir di Turki semalam. Seorang pegawai polis dan dua orang awam terbunuh manakala empat lagi cedera dalam letupan itu, menurut Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda