Friday, March 24, 2023
23.9 C
Brunei

-

Letupan di masjid ragut dua nyawa

KABUL, 5 OKT – Seorang pengebom nekad melancarkan letupan di sebuah bangunan kementerian kerajaan di ibu negara Afghan Kabul. Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, kata pegawai hospital.

Letupan pada petang berlaku di dalam masjid Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang di negara itu.

Jurucakap kementerian Abdul Nafy Takor berkata letupan berlaku ‘di sebuah masjid yang terletak berdekatan kementerian dalam negeri, di mana pelawat dan beberapa pekerja kementerian sedang mengerjakan solat.’

Beliau tidak berkata sama ada masjid terletak dalam kementerian atau berhampiran. Tidak ada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab atas letupan itu, tetapi kumpulan Islamic State, pesaing Taliban, telah melancarkan kempen keganasan yang telah meningkat sejak Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan pada Ogos 2021.

Letupan berlaku selepas pengeboman nekad pada Jumaat membunuh 53 orang dalam bilik darjah Kabul, termasuk 46 budak perempuan dan wanita, menurut angka kematian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AP/AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -