Letupan di sekolah ragut lapan jiwa

PESHAWAR, PAKISTAN, 27 OKT – Letupan bom yang kuat menggegarkan sebuah sekolah ketika kelas bermula di pinggir bandar Pakistan barat laut Peshawar pagi tadi, membunuh sekurang-kurangnya lapan pelajar dan mencederakan 136 yang lain, kata polis dan jurucakap hospital.

Pengeboman itu berlaku ketika seorang penceramah terkenal memberikan ceramahnya dalam kelas agama di dewan utama Sekolah Jamia Zubairia, kata pegawai polis Waqar Azim.

Dia mengatakan siasatan awal menunjukkan bom itu meletop beberapa minit selepas seseorang meletakan sebuah beg di sekolah berkenaan. Rakaman TV menunjukkan dewan utama di mana tempat pengeboman itu berlaku mengalami kerosakan teruk.

Dewan itu dipenuhi kaca pecah dan lantai yang berlumuran darah. Polis mengatakan sekurang-kurangnya 5 kilogram bahan letupan digunakan dalam serangan itu.

Beberapa pelajar yang cedera kini dilaporkan dalam keadaan kritikal, dan pihak berkuasa hospital bimbang jumlah kematian mungkin akan meningkat. Pihak berkuasa mengatakan beberapa guru dan kakitangan juga cedera dalam pengeboman tersebut.

Anggota keselamatan ketika melakukan pemeriksaan di kawasan di mana berlakunya letupan di sekolah berkenaan, kelmarin. – AFP

Pada mulanya polis mengatakan pengeboman itu membunuh dan mence-derakan kanak-kanak yang belajar di kelas berkenaan

tetapi kemudian menyemak semula identiti mereka dan mengatakan bahawa pelajar tersebut berusia pertengahan 20an.

Sejurus selepas serangan itu, penduduk bergegas ke kawasan letupan itu untuk memeriksa anak lelaki atau saudara mereka yang belajar di sana.

Kebanyakan saudara-mara berkumpul di Hospital Lady Reading di bandar itu, di mana pelajar yang terkorban dan cedera dibawa oleh polis dengan ambulans dan kenderaan lain.

Beberapa pelajar Afgha-nistan yang belajar di situ juga termasuk yang tercedera, kata pegawai.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengecam pengeboman itu dan meminta pihak berkuasa memastikan pemberian bantuan perubatan sebaik mungkin kepada mangsa. – AFP