Letupan gas korban empat individu

MADRID, 21 JAN – Sekurang-kurang empat maut akibat letupan kuat yang menggegarkan sebuah bangunan di sini semalam, dengan pihak berkuasa mengesahkan kebocoran gas sebagai punca kejadian.

Gambar diambil di lokasi kejadian menunjukkan letupan itu turut meranapkan dinding bangunan penempatan berkenaan yang terletak dalam kawasan kejiranan La Latina, dengan serpihannya terpelanting jauh dan berselerakan.

Wakil kerajaan, Jose Manuel Franco, memberitahu stesen televisyen awam Sepanyol bahawa insiden terbabit berlaku ketika sekumpulan pekerja lelaki sedang membaiki ‘boiler’ di bangunan itu.

Datuk Bandar Jose Luis Martinez-Almeida memaklumkan bahawa seorang wanita berusia 85 tahun terkorban bersama seorang lelaki yang belum dapat dikenal pasti umurnya, manakala mangsa ketiga pula masih berada di bawah runtuhan.

Kementerian Luar Bulgaria mengumumkan bahawa seorang lelaki Bulgaria berusia 47 tahun adalah antara mangsa yang maut. – AFP

Kelihatan bangunan rosak di Madrid selepas letupan kuat melanda bangunan tersebut pada 20 Januari 2021. – AFP