Letupan Kampala ragut 1 jiwa, 5 cedera

KAMPALA, 24 OKT – Presiden Uganda, Yoweri Museveni berkata hari ini satu letupan di bandar Kampala yang membunuh seorang dan mencederakan lima yang lain adalah ‘tindakan pengganas’, dan berikrar untuk memburu dalangnya.

Polis berkata ‘letupan serius’ berlaku sekitar jam 9 malam semalam di sebuah restoran panggang di Komamboga, utara Kampala yang popular dengan gerai tepi jalan.

Museveni berkata dia dimaklumkan mengenai tiga individu yang telah meninggalkan beg beli-belah plastik di tempat kejadian yang kemudian meletup, membunuh seorang dan mencederakan lima yang lain.

“Ia kelihatannya tindakan pengganas namun kami akan menangkap dalangnya,” kata Museveni dalam Twitter. – AFP