Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Letupan kereta di Moscow bunuh anak perempuan pakar sains politik Rusia

    MOSCOW, 21 OGOS – Anak perempuan kepada ahli politik Rusia yang berpengaruh yang sering disebut sebagai orang kanan Presiden Rusia, Vladimir Putih, terbunuh dalam pengeboman kereta di pinggir Moscow, menurut pihak berkuasa.

    Jawatankuasa Penyiasatan Rusia cawangan Moscow berkata maklumat awal menunjukkan pengulas stesen televisyen berusia 29 tahun, Daria Dugina, terbunuh oleh bahan letupan yang diletakkan di dalam SUV yang dipandunya malam kelmarin.

    Kereta Darya Dugina meletup di lebuh raya Mozhayskoye kira-kira 9:45 malam waktu tempatan dan saksi mendakwa letupan berlaku di tengah jalan menyebabkan serpihan kereta bertaburan.

    Tiada yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu, tetapi tragedi pengeboman kereta itu menimbulkan persoalan bahawa sasaran yang dimaksudkan ialah bapanya, Alexander Dugin, seorang ahli falsafah dan penulis nasionalis. Letupan itu berlaku ketika Daria Dugina pulang dari festival kebudayaan yang dihadiri bersama Dugin.

    Beberapa laporan media Rusia memetik saksi sebagai berkata bahawa SUV itu milik Dugin dan dia telah memutuskan pada saat akhir untuk menaiki kenderaan lain.

    Dugin telah mempromosikan Rusia sebagai negara spritual, nilai tradisional dan kepimpinan autoritarian serta menghina nilai liberal Barat. Anak perempuannya menyatakan pandangan yang sama dan telah muncul sebagai pengulas di saluran televisyen nasionalis Tsargrad, di mana Dugin pernah berkhidmat sebagai ketua penyunting. – AP/Bernama

    Penyiasat bekerja di tapak letupan sebuah kereta yang dipandu oleh Daria Dugina di luar Moscow. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...