Letupan kilang bunuh 6 pekerja

PATNA, India 26 DIS – Sebuah kilang di barat India meletup, mengorbankan sekurang-kurangnya enam pekerja dan mencederakan enam yang lain, menurut polis.

Para penyelamat masih mencari pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang menghasilkan makanan ringan di kawasan perindustrian 95 kilometer utara Patna, Bihar.

Punca letupan di Muzaffarpur masih disiasat, menurut pegawai polis, Ram Naresh Paswan. Dia berkata jumlah kematian mungkin meningkat dengan empat yang mengalami kecederaan berada dalam keadaan kritikal.

Suasana panik berlaku di kawasan tersebut selepas letupan kuat menggegarkan dan merosakkan kediaman dan kilang-kilang di kawasan perindustrian di Bela, menurut laporan media.

Langkah keselamatan yang kurang memuaskan sering kali menjadi punca berlakunya kebakaran dan letupan di India.

Tahun lalu, kebakaran besar dan letupan kuat memusnahkan kilang tempat penyimpanan kimia, mengorbankan 12 orang berhampiran Ahmedabad di wilayah barat Gujarat.- AP