Letupan lombong ragut 14 jiwa

BEIJING, 17 DIS – Seramai 14 pelombong terbunuh dalam letupan arang dan gas di sebuah lombong di barat daya China hari ini, mengakibatkan dua orang masih terperangkap di bawah tanah, kata pihak berkuasa.

Dua pekerja masih terperangkap di bawah tanah selepas letupan di lombong Gaunglong di daerah Anlong, wilayah Guizhou, kata kerajaan Wilayah Autonomi Barat Daya Guizhou.

Menurut pihak berkuasa, tujuh pekerja berjaya diselamatkan dan operasi menyelamat mangsa terperangkap masih diteruskan.

Kemalangan di Guizhou itu berlaku beberapa hari selepas sebuah lombong di wilayah Sichuan banjir Sabtu lalu, menyebabkan lima terbunuh dan 13 terperangkap. – AFP