Letupan mortar korban 9 pelajar

KUNDUZ, AFGHANISTAN, 18 JUN – Sebutir bom mortar meletup dalam sebuah sekolah agama di utara Afghanistan hari ini membunuh kira-kira sembilan pelajar, kata polis.

Jurucakap polis, Khalil Asir, berkata bom mortar itu dipercayai dibawa masuk ke dalam madrasah berkenaan dan kebanyakan mangsa yang maut berusia bawah 18 tahun.

“Selain itu, enam pelajar turut cedera dalam letupan di daerah Ishkamish dalam wilayah Takhar itu,” katanya.

Jurucakap Gabenor Wilayah, Jawad Hejri, mengesahkan kejadian itu termasuk jumlah kematian yang dilaporkan. – AFP