Letusan gunung berapi paling lama di Iceland

FAGRADALSFJALL, ISLANDE, 19 SEPT – Hari ini mencatat enam bulan letusan gunung berapi yang memukau pengunjung berhampiran Reykjavik pertama bermula, menjadikannya yang paling lama disaksikan Iceland dalam lebih 50 tahun.

Lahar pertama mulai mengalir daripada rekahan berdekatan Gunung Fagradalsfjall pada petang 19 Mac di semenanjung Reykjanes ke barat daya Reykjavik.

Pemandangan seterusnya – daripada aliran perlahan lahar kepada pancutan batu seperti pancutan air panas – telah menjadi tarikan pelancong, menarik 300,000 pelawat setakat ini, menurut Lembaga Pelancongan Iceland.

Letusan gunung berapi keenam Iceland dalam 20 tahun telah pun berlaku lebih lama daripada letusan terdahulu di Holuhraun, di timur pulau, yang berlangsung dari akhir Ogos 2014 sehingga akhir Februari 2015.

“Enam bulan merupakan letusan yang agak lama,” beritahu ahli vulkanologi Thorcaldur Thordarson kepada AFP.

Kawasan lahar yang telah terbentuk kali ini telah dinamakan ‘Fahradalshraun’ – yang diterjemah sebagai ‘lembah lahar yang indah’ – dan menerima namanya sempena Gunung Fagradalsfjall berdekatan. – AFP

Pelawat melihat aliran lahar membuak dari sebuah terowong berhampiran kawah di lembah Geldingadalir, barat daya Reykjavik, Iceland pada 15 September. – AFP