Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

Letusan Semeru: Lebih ramai dipindahkan

LUMAJANG, INDONESIA, 5 DIS – Para penyelamat hari ini memindahkan lebih ramai orang dari kampung-kampung berdekatan selepas letusan Gunung Semeru di Indonesia, dengan pegawai-pegawai memberi amaran mengenai bahaya lahar yang menjadi sejuk di sebalik aktiviti yang berkurangan daripada gunung berapi berkenaan.

Lebih 2,400 orang penduduk kampung kini telah melarikan diri dan berlindung di 11 pusat pemindahan selepas gunung tertinggi di pulau utama Jawa itu meletus awal kelmarin.

“Pegawai-pegawai tentera, polis, bencana dan kampung terus memindahkan penduduk di Curah Kobokan di mana kepulan abu panas dan lahar sejuk mungkin capai,” Abdul Muhari, seorang jurucakap bagi agensi mitigasi bencana Indonesia, memberitahu televisyen setempat.

“Setakat ini jumlah orang yang di-pindahkan adalah seramai 2,489.”

Pegawai-pegawai telah mengumumkan keadaan darurat selama dua minggu dan pihak-pihak berkuasa telah mengedarkan pelitup muka percuma untuk melindungi diri daripada abu di udara sementara menubuhkan dapur-dapur awam bagi orang yang dipindahkan.

Pagi hari ini, berpuluh-puluh orang yang dipindahkan di daerah Lumajang di mana Semeru terletak, pulang ke rumah-rumah mereka yang dilitupi abu untuk mengambil barang-barang penting sebelum pulang ke tempat-tempat perlindungan, menurut seorang wartawan AFP.

Sebilangan orang dilihat menggembala ternakan sementara yang lain mengangkat peralatan seperti TV dan peti sejuk sementara gunung berapi memuntahkan abu.

Muhari berkata, pemerhatian visual terhadap Semeru pagi hari ini menunjukkan aktiviti gunung berapi yang berkurangan namun beliau memberi amaran mengenai potensi bahaya daripada aliran lahar yang telah menjadi sejuk selepas hujan lebat. – AFP

Seorang lelaki berjalan melintasi sebuah masjid yang separa tertimbus oleh abu gunung berapi daripada letusan Gunung Semeru di kampung Kajar Kuning di Lumajang, Jawa Timur, Indonesia, kelmarin. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -