ALXA YOUQUI, China, 26 Julai – Kepulan debu yang sangat besar, kereta-kereta lumba Silk Way berderum melalui Gurun Dobi menuju bandar Imperia Xi’an, China, bukti segar terhadap minat baru Middle Kingdom itu terhadap sukan bermotor.
Sukan bermotor menikmati ledakan di seluruh China, pengembaraan dari Silk Way selama dua minggu sehingga beratus-ratus rali kereta tempatan, acara motorcross dan kejuaraan kereta tour yang diadakan setiap tahun.
Hanya 30 tahun lalu, acara seperti itu lebih atau kurang tidak didengari di negara yang pesat membangun itu, yang sekarang menjadi ekonomi kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan berkembang menjadi kelas peertengahan dengan wang dibelanjakan untuk hobi.
Ia adalah sukar untuk mempercayainya sekarang, padat dengan kesesakan lalu lintas adalah bandar-bandar raya seperti Beijing dan Shanghai, tetapi kereta-kereta masih lagi jarang di jalan-jalan raya China tiga dekad yang lalu.
Dengan jualan 24.38 juta kereta penumpang pada tahun lepas, meningkat 15 peratus dalam tempoh 12 bulan, China sekarang adalah pasaran kereta terbesar dunia.

Dan sejak Grand Prix China 2004 di Shanghai, sekarang diadakan setiap tahun di litar Formula Satu, sukan bermotor berkembang pesat.
Perlumbaan pertama Formula E, perlumbaan auto dengan kereta elektrik, dalam sejarah yang diadakan di depan 75,000 penonton di stadium Bird’s Nest Olympic, Beijing pada 2014.
Rally Silky Way berlepas pada 7 Julai dari Red Square di tengah Moscow, melalui steppe berumput Rusia dan tanah rata dan pergunungan Kazakhstan sebelum menyeberangi Gobi.
Pelumba–pelumba yang dalam keletihan melepasi garisan penamat pada Sabtu lalu di Xi’an, sekitar 9,599 kilometer (6,000 batu), dengan pemandu dari China, Han Wei berada di tempat ketiga dengan kereta buatan China, Geely.
Acara itu, dianjurkan bersama di antara China dan Rusia, mempunyai hasrat untuk menyaingi Rali Dakar. – AFP