Leverkusen raih satu mata di Bundesliga

BERLIN, 22 FEB – Pasukan tuan rumah, Augsburg dinafikan kemenangan pertama ke atas Bayern Leverkusen semasa percubaan ke-20 selepas jaringan penyamaan lewat minit pemain pertahanan Burkina Faso, Edmond Tapsoba memberikan pasukan pelawat keputusan seri 1-1 di Bundesliga, kelmarin.

Augsburg mendahulu 1-0 semasa perlawanan menghampiri penghujung apabila pemain pertahanan Leverkusen, Tapsoba, tidak dikawal oleh pemain pertahanan meledakkan gol selepas menerima hantaran lintang sebelum wisel dibunyikan.

Leverkusen memerlukan gol penyelamat kerana penjaga gol simpanan mereka, Niklas Lomb menghadiahkan Augsburg gol pelik pada awal perlawanan.

Lima minit selepas memulakan perlawanan pertama liga musim ini, Lomb tersilap jangka untuk mengeluarkan bola.

Bola bergolek ke penyerang Augsburg, Florian Niederlechner, yang kemudian menyudahkan bola masuk ke gawang.

“Hakikat saya membuat kesilapan seperti itu membuatkan saya merasa kecewa,” Lomb memberitahu DAZN.

“Rakan sepasukan memberitahu saya selepas perlawanan bahawa ia boleh berlaku, kami tetap satu pasukan.

“Mereka ingin membantu saya dan kemudian kami berjaya melakukannya dengan menjaringkan gol penyamaan,” tambahnya. Kesilapan awal Lomb menggegarkan Leverkusen yang bergelut untuk kekal tenang sehingga gol penyamaan lewat minit Tapsoba. Dengan Augsburg bermain semakin yakin, Niederlechner diberikan sepakan penalti sebelum separuh masa selepas dikasari pemain Leverkusen, Timothy Fosu-Mensah.

Walau bagaimanapun, pemeriksaan VAR mendapati pemain sayap Augsburg, Ruben Vargas berada dalam kedudukan ofsaid dan keputusan memberikan sepakan penalti ditarik balik. – AFP