Levi’s bakal kurangkan 700 pekerjaan

NEW YORK, 8 JULAI – Levi’s kelmarin berkata ia akan mengurangkan 700 pekerjaan pejabat, atau sekitar 15 peratus daripada tenaga kerja korporatnya di seluruh dunia, selepas ia terus mencatatkan penurunan dalam penjualan akibat wabak koronavirus.

Pembuat seluar jeans yang berpangkalan di San Francisco itu mengatakan bahawa pemberhentian itu akan menjimatkan kira-kira AS$100 juta setahun dan tidak akan mempengaruhi pekerja di kedai atau kilangnya.

Seperti syarikat pakaian lain, Levi’s terpaksa menutup kedainya sementara kerana virus. Kebanyakan kedai serbaneka yang menjual seluar jeannya juga ditutup.

Levi Strauss & Co mengatakan pendapatan suku kedua merosot 62 peratus kepada AS$497.5 juta. Ia melaporkan kerugian AS$363.5 juta, setelah melaporkan keuntungan setahun yang lalu. – AP