BARCELONA, 18 SEPT – Penyerang sensasi Robert Lewandowski meledak dua kali ketika Barcelona membelasah Elche 3-0 yang beraksi dengan 10 pemain untuk mendahului satu mata di puncak La Liga pada hari Sabtu.
Penyerang Poland itu meneruskan prestasi terbaiknya sejak menyertai Bayern Munich musim panas ini, dengan menjaringkan 11 gol dalam lapan penampilan di semua pertandingan.
Real Madrid masih memegang rekod kemenangan 100 peratus selepas lima perlawanan tetapi akan berdepan Atletico Madrid di tempat lawan dalam perlawanan Ahad ini.
“Kami akan tidur sebagai pendahulu liga buat kali pertama dalam tempoh dua tahun,” kata jurulatih Barca Xavi Hernandez.
“Kami telah membuat kerja rumah kami dan mendapatkan tiga mata. Kami berada di landasan yang betul.”
Xavi menggantikan pemain di bahagian tengah selepas kekalahan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada hari Selasa, dengan Frenkie de Jong dan Franck Kessie beraksi, manakala Memphis Depay diberikan peluang memulakan aksi di bahagian serangan.
Elche, kini berada di tangga tercorot liga, menjadikan tugasan lebih mudah buat pasukan tuan rumah apabila Gonzalo Verdu dibuang padang kerana menjatuhkan Lewandowski selepas dia berjaya menjaringkan gol 14 minit kemudian.
Pedri menghantar bola ke kiri buat Alejanrdo Balde dan pemain pertahanan remaja itu membawa bola melintasi kotak dalam kedudukan enam ela untuk mengumpan penyerang veteran itu dan berjaya merembat masuk ke dalam gawang.
“Kami tahu dia akan menjaringkan gol dan membuat perbezaan, tetapi sisi peribadinya telah mengejutkan saya,” kata Xavi. – AFP
