Lewandowski buat penampilan ke-100 dengan hatrik

MUNICH, JERMAN, 3 NOV – Robert Lewandowski mencatat penampilan ke-100 Liga Juara-Juara dengan kejayaan mencipta hatrik kelmarin ketika Bayern Munich menempah tiket mereka ke pusingan 16 terakhir selepas menang 5-2 di gelanggang sendiri ke atas Benfica.

 

Reaksi pemain depan Bayern Munich, Robert Lewandowski semasa meraikan jaringan gol keempat pasukannya dalam perlawanan Kumpulan E Liga Juara-Juara menentang Benfica Lisbon kelmarin. – AFP

(Klik di sini untuk berita lanjut)