Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Lewandowski gembirakan Barca

    VALENCIA, SEPANYOL, 30 OKT – Barcelona yang kecewa selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara, mencipta kemenangan lewat 1-0 di Valencia kelmarin dalam La Liga dengan Robert Lewandowski meledak gol pada minit ke-93.

    Penyerang Poland itu menyudahkan hantaran lintang Raphinha seterusnya membawa Barcelona berkongsi 31 mata dengan Real Madrid di persada liga sebelum juara bertahan itu menanti kunjungan Girona hari ini.

    Ia kemenangan yang sukar apabila skuad dari Catalan itu kehilangan pertahanan tengah, Jules Kounde dan Eric Garcia kerana kecederaan yang memberikan kebimbangan buat pasukan kebangsaan mereka, Perancis dan Sepanyol menjelang Piala Dunia di Qatar tiga minggu lagi.

    Valencia menyaksikan pemain Uruguay, Edinson Cavani juga mengalami kecederaan sebelum Lewandowski mencipta gol kemenangan.

    “Ia bukanlah bola sepak yang bagus, hari ini kami tiada inspirasi,” kata Xavi.

    “Kebimbangan minggu ini mendatangkan kesan buat kami, Valencia bertahan dengan baik. Ini tiga mata penting.

    “Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, kami memang layak, dan se-tiap kejayaan diraikan, dan bila awda tidak menang, kedengaran bunyi amaran, itu normal, ini ialah kelab besar.”

    Sementara itu, Gennaro Gattuso berkata rakan sejawatnya di Barcelona, Xavi Hernandez bermain sangat berbeza berbanding ketika zaman mereka, namun kedua-dua pasukan setanding di Mestalla. – AFP

    Aksi Robert Lewandowski (tengah) menjaringkan gol semasa perlawanan antara Barcelona dan Valencia di stadium Mestalla, Valencia, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...