Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lewandowski intai rekod 41 gol Bundesliga

    BERLIN, 21 JAN – Selepas mencatat rekod 41 gol dalam hanya 29 perlawanan liga musim lalu, bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski berhasrat untuk kekal bebas daripada kecederaan dan memastikan pencapaian di Bundesliga diteruskan pada kempen musim ini.

    Penyerang Poland itu dicalonkan memenangi anugerah pemain lelaki terbaik dalam FIFA untuk tahun kedua Isnin lalu, dua hari selepas mencatat gol ke-300 dalam liga dengan jaringan hatrik ketika pendahulu Bundesliga, Bayern menewaskan Cologne.

    Lewandowski telah menjaringkan 23 gol dalam 19 perlawanan liga dalam kempen ini dan beraksi dalam semua perlawanan Bundesliga untuk Bayern.

    Mei lalu, akhirnya dia berjaya memecahkan rekod pemain legenda, Gerd Mueller yang menjaringkan 40 gol Bundesliga dalam satu musim walaupun dia terlepas empat perlawanan disebabkan oleh kecederaan pada April lalu dan telah diketepikan untuk satu perlawanan pada Oktober 2020.

    Pemain berusia 33 tahun itu, yang diberi gelaran ‘The Body’ oleh rakan sepasukannya, terkenal dengan tahap kecergasannya yang tinggi dan berharap untuk kekal bebas kecederaan untuk bermain dan menjaringkan sebanyak mungkin untuk memperbaiki rekodnya sendiri. – AFP

    Robert Lewandowski berhasrat untuk kekal bebas daripada kecederaan untuk memastikan pencapaian dalam Bundesliga bagi mengatasi rekod 41 jaringan gol. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...