Lewandowski jaring gol ke-30 Bundesliga

BERLIN, 7 JUN – Robert Lewandowski menjaringkan gol ke-30 liga musim ini pada perlawanan semalam ketika Bayern Munich kembali bangkit untuk menuntut kemenangan 4-2 setelah ketinggalan menentang Bayer Leverkusen dan menuju selangkah lebih dekat memenangi gelaran Bundesliga.

Setelah Lucas Alario menjaringkan gol pembukaan untuk pasukan tuan rumah, Bayern mencetak dua gol berturut-turut sebelum tamat separuh masa pertama dan mengubah permainan kembali memihak kepada mereka setelah menyamakan kedudukan melalui Kingsley Coman.

Lewandowski menjaringkan gol pada separuh masa kedua, Bayern ketika ini mendahului 10 mata di puncak liga berada di atas Borussia Dortmund, yang menjadi tuan rumah bertemu Hertha Berlin semalam.

Perlawanan semalam juga menyaksikan Bayern memberikan sokongan mereka dengan melakukan tunjuk perasaan atas kematian lelaki kulit hitam Amerika Syarikat, George Floyd, dengan semua pemain memakai gelang tangan dengan slogan ‘Black Lives Matter’.

Sasaran perpindahan Bayern, Kai Havertz mengalami kecederaan otot, Leverkusen beralih ke Alario untuk memimpin barisan serangan menentang juara bertahan itu. – AFP

Reaksi Robert Lewandowski semasa perlawanan bola sepak Bundesliga antara Bayer 04 Leverkusen dan FC Bayern Munich semalam di Leverkusen, Jerman. – AFP