BARCELONA, 8 OGOS – Robert Lewandowski menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona ketika kemenangan 6-0 ke atas kelab Mexico, Pumas pada pertembungan pra-musim Trofi Joan Gamper.
Pada penampilan sulung di Camp Nou itu, penyerang Poland yang baru berpindah dari Bayern Munich, membuka jaringan selepas tiga minit dari sudut sukar. Pedri meledak gol kedua dan keempat pada minit kelima dan 19, di antaranya jaringan oleh Ousmane Dembele.
Pierre-Emerick Aubameyang dan Frenkie de Jong pula melengkapkan kemenangan di babak kedua. Lewandowski turut memainkan peranan untuk gol kedua Pedri dengan melakukan hantaran untuk pemain tengah itu. – AFP
