Lewandowski ‘mesti’ menang Ballon d’Or – Mueller

BERLIN, 28 NOV – Thomas Mueller berkata rakan sepasukan Bayern Munich, Robert Lewandowski mesti memenangi anugerah Ballon d’Or apabila pemenangnya diumumkan esok.

Lewandowski berharap dapat memenangi Ballon d’Or pertamanya selepas memenangi anugerah pemain lelaki terbaik FIFA pada 2020.

“‘Lewy’ perlu memenangi anugerah itu esok apabila awda melihat cara dia beraksi pada masa ini,” kata Mueller kelmarin selepas kemenangan 1-0 ke atas Arminia Bielefeld yang mengekalkan Bayern di puncak Bundesliga.

“Tiada pemain beraksi secara konsisten pada masa ini untuk kelab dan negara. “Tidak perlu lagi bercakap mengenainya.”

Lewandowski telah menjaringkan 30 gol musim ini – 25 untuk Bayern dalam 20 perlawanan dalam semua pertandingan dan lima dalam enam perlawanan untuk Poland.

Pada bulan Mei lalu, Lewandowski memecahkan rekod 40 gol Ger Mueller dalam satu musim Bundesliga, yang dilakukan pada 1971/72.

Lewandowski telah menjaringkan 41 gol dalam 28 penampilan di liga musim lalu. – AFP