Lewandowski, Putellas raih anugerah Terbaik FIFA

PARIS, 18 JAN – Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski berjaya mengekalkan gelaran pemain lelaki terbaik FIFA kelmarin pada majlis “The Best” 2021 sementara kapten Barcelona, Alexia Putellas menerima anugerah untuk pemain wanita terbaik.

Lewandowski yang berusia 33 tahun mencipta rekod gol di Bundesliga musim lalu, dan menewaskan pemain Argentina, Lionel Messi dari Paris Saint-Germain dan pemain Mesir, Mohamed Salah dari Liverpool untuk anugerah itu.

“Saya gembira dan ia adalah satu penghormatan memenangi anugerah ini, dan saya merasa bangga,” kata Lewandowski yang berjaya menjaringankan 48 gol untuk kelab dan negaranya pada 2020-2021.

Lewandowski menjaringkan tiga gol untuk Bayern pada hujung minggu lalu sekali gus menjadikan jumlah jaringan pada 2021-2022 kepada 39 gol dalam 33 perlawanan. Trofi itu merupakan sagu hati buat penyerang Poland itu yang tewas kepada Messi untuk anugerah tertua dan persaingan sengit iaitu Ballon d’Or pada November tahun lalu.

Bagi Putellas, dia berjaya meraih anugerah kedua selepas pemain Sepanyol itu mengatasi rakan sepasukannya, Jennifer Hermoso dan penyerang Chelsea dari Australia, Sam Kerr, sama seperti anugerah Ballon d’Or yang diterimanya.

Presiden FIFA, Gianni Infantino bercakap dengan pemenang anugerah Pemain Lelaki FIFA Terbaik 2021, Robert Lewandowski (di skrin) semasa Anugerah Bola Sepak FIFA Terbaik 2021 di Zurich, 17 Januari. – AFP
Presiden FIFA, Gianni Infantino menyampaikan anugerah Khas Lelaki Terbaik FIFA kepada Cristiano Ronaldo (kanan) semasa Anugerah Bola Sepak FIFA Terbaik 2021 di Zurich, 17 Januari. – AFP

Pemain tengah berusia 27 tahun itu menikmati musim 2020-2021 yang luar biasa bersama Barcelona, memimpin pasukan Catalan itu ke liga Sepanyol dan dua piala serta Liga Juara-Juara.

“Trofi ini adalah untuk semua yang berada dalam pasukan,” kata Putellas. “Trofi ini akan menjadi satu inspirasi untuk kita semua.”

Namun bagi 11 pemain permulaan terbaik wanita, tidak seorang pun pemain Barca yang dipilih.

Cristiano Ronaldo telah memenangi Anugerah Khas sebagai pengiktirafan mencipta rekod gol antarabangsa terbanyak dijaringkan untuk negaranya, mengatasi rekod lama Ali Daei iaitu 109 untuk Iran.

Ronaldo yang kini berusia 36 tahun berjaya menjaringkan 115 gol daripada 184 perlawanan bersama pasukan kebangsaan Portugal selepas membuat penampilan sulung ketika berusia 18 tahun pada 2003.

“Saya tidak pernah menjangka untuk memecahkan rekod ini, dan saya berterima kasih kepada ahli pasukan dalam 20 tahun kebelakangan ini,” kata Ronaldo, yang juga memegang rekod untuk 140 gol di Liga Juara-Juara.

Penjaga gol Senegal dari Chelsea, Edouard Mendy dan Christiane Endler dari Lyon telah memenangi anugerah penjaga gol. Chelsea meraih kedua-dua anugerah kejurulatihan melalui Thomas Tuchel dan Emma Hayes.

“Akhirnya, jurulatih sama bagus dengan pemain berada di sekelilingnya,” kata Hayes yang mana pasukannya telah dikalahkan dalam pusingan akhir Liga Juara-Juara Wanita tetapi telah menjuarai Liga Super dan Piala Liga.

Jurulatih Chelsea kelahiran Jerman, Tuchel tiba di Chelsea ketika separuh musim hampir tamat, dan merubah pasukan tersebut menjadi unit yang agresif untuk memenangi trofi Liga Juara-Juara.

“Saya terharu,” kata Tuchel. “Saya gembira berada di sini, ia sesuai.”

“Saya bertuah kerana mempunyai orang yang menyokong di sekeliling saya, merasa bagus dalam kelab yang kompetitif ini.

Erik lamela, sekarang dari Sevilla, telah memenangi anugerah gol terbaik dengan jaringan hatrik untuk Spurs di derbi Utara London.

Kakitangan perubatan dan pemain Denmark, yang terpaksa berhadapan dengan Christian Eriksen setelah terjatuh di padang ketika kejohanan Euro tahun lalu telah memenangi anugerah ‘fair-play’. – AFP