Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lewandowski sedia hadapi Real Madrid

    BERLIN, 9 April – Robert Lewandowski berkata ia menjangka untuk dalam keadaan cergas bagi perlawanan menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Rabu ini meskipun mengalami kecederaan pada bahunya apabila Bayern Munich membelasah Borussia Dortmund sebentar awal pagi tadi.

    Lewandowski telah menjaringkan 38 gol dalam semua persaingan buat Bayern musim ini, tujuh jaringan dalam Liga Juara-Juara, selepas dia menjaringkan dua kali kelmarin dalam kemenangan ke atas Dortmund dan 26 gol Bundesliga musim ini. Namun selepas menyudahkan sepakan penalti pada separuh masa kedua, Lewandowski keluar padang pada minit ke-72 dan dilihat memegang bahu kanannya ketika dalam perjalanan ke bangku.

    Bagaimanapun, bintang bola sepak itu yakin untuk berdepan Real.

    “Kami tidak ingin mengambil risiko. Bahu saya bengkak, tapi ia tidak seteruk mana,” Lewandowski memberitahu Sky apabila ditanya kenapa dia keluar padang.

    “Saya berharap saya akan 100 peratus cergas untuk berdepan Real.”

    Pemain sayap Bayern Arjen Robben mengakui terdapat kebimbangan Bayern mungkin berdepan pasukan gergasi Sepanyol itu tanpa penyerang bintang mereka itu.

    “Saya bertanyakan dia apa masalahnya dan dia hanya memberitahu dia mengalami kesakitan pada bahunya,” ujar Robben.

    “Saya hanya berharap dia ok bagi perlawanan menentang Real Madrid, kerana kami memerlukannya dan gol-golnya.”

    Bayern akan menghoskan juara bertahan Madrid dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara pagi Khamis ini dan perlawanan balas di Sepanyol pada 18 April.

    “Dia mengalami lebam pada bahunya yang nampak sakit ketika ini, namun kami berasa dia akan bersedia bagi Rabu ini yang merupakan perkara yang paling penting,” tambah jurulatih Bayern Carlo Ancelotti apabila ditanya mengenai Lewandowski. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda