Lewandowski tercalon dalam anugerah Terbaik FIFA

PARIS, 25 NOV – Pemain terbaik Eropah tahun ini, Robert Lewandowski (gambar bawah) adalah antara seorang daripada 10 pemain dalam senarai pendek anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA yang dilancarkan hari ini, diikuti pemain seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe.

Selain penyerang dari Poland itu, seorang lagi pemenang Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich turut menyertai senarai iaitu pemain tengah Sepanyol, Thiago Alcantara, yang telah menyertai Liverpool September lalu.

Beberapa pemain juara Liga Perdana Inggeris turut termasuk dalam senarai itu antaranya Sadio Mane dari Senegal, Mohamed Salah dari Mesir dan pemain Belanda, Virgil van Dijk.

Paris Saint-Germain, finalis Liga Juara-Juara yang tewas musim lalu turut disenaraikan ialah Mbappe dan Neymar serta Kevin De Bruyne Manchester City dan Sergio Ramos dari Real Madrid melengkapkan senarai. – AFP