BERLIN, 8 Nov – Robert Lewandowski telah membayangi Pierre-Emerick Aubameyang dalam perlumbaan bagi menjadi penjaring terbanyak di Jerman musim ini, tetapi bintang Bayern Munich itu menyokong pesaingnya dari Borussia Dortmund itu untuk menamatkan kemarau golnya secepat mungkin.
Aubameyang dengan tipis mengatasi Lewandowski untuk menjadi penjaring terbanyak Bundesliga musim lepas dengan menjaringkan 31 gol, lebih satu gol ke atas pesaingnya dari Poland itu. Namun, rembatan Aubameyang dalam lima perlawanan kebelakangan ini tidak menjadi setelah 476 minit tanpa gol untuk Dortmund dalam semua persaingan.
“Semua orang melalui fasa ini dan tugas sebagai penjaring adalah yang paling sukar dalam perlawanan,” kata Lewandowski kepada harian Jerman, Bild.
“Apabila anda dalam prestasi yang baik, anda boleh menjaringkan semuanya, tetapi kemarau menimpa apabila semuanya tidak menjadi dan anda menggegarkan gawang berbanding jaring.
“Kemudian banyak perkara memenuhi fikiran anda.

“Ia adalah penting untuk melapangkan fikiran secepat mungkin, saya pasti dia akan kembali berjaya lagi.”
Lewandowski sudah menjaringkan 11 gol dalam banyak perlawanan liga musim ini, lebih satu gol berbanding Aubameyang, dalam kemenangan 3-1 di Dortmund minggu lalu.
Aubameyang sekali lagi gagal menemui sasaran dan kini Dortmund sudah tercicir 11 mata dalam empat perlawanan terakhir, jatuh ke tangga ketiga selepas menyerahkan kedudukan teratas Bundesliga kepada Bayern Munich.
Aubameyang telah menjaringkan sejumlah 95 gol dalam 139 perlawanan liga buat Dortmund dan Lewandowski menyokongnya untuk menamatkan kemaraunya secepat mungkin
Sementara Lewandowski, yang telah menjaringkan 88 gol dalam 107 perlawanan liga bersama Jerman. – AFP