Lexus Brunei perkenalkan LEX’Perience ramadan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Bagi menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan, Lexus Brunei telah memperkenalkan LEX’Perience Ramadan yang akan memberikan peluang kepada pelanggan menerima ganjaran bernilai sehingga $10,000.

Pelanggan yang membeli mana-mana model Lexus bermula 1 sehingga 31 Mei akan berpeluang menerima ganjaran pada hari yang sama mereka membawa pulang kende-raan idaman mereka menerusi Wheel of Experience.

Wheel of Experience merupakan kaedah pemberian ganjaran secara digital yang pertama dilakukan di negara ini, jelas Penolong Pengurus Besar (Pemasaran), Audrey Yong.

Menurut beliau, dengan menggunakan kaedah digital berkenaan, ia jelas sekali lebih mudah. Jelasnya lagi, ia merupakan konsep yang berbeza daripada cabutan bertuah yang lazimnya hanya diberikan kepada beberapa orang pelanggan bertuah dan terpilih sahaja.

Di samping itu, sepanjang Mei ini, Lexus Brunei turut menawarkan kadar faedah sewa beli 3.75 peratus bagi kesemua model Lexus sedia ada.

Pelanggan juga akan menerima rebat $3,000 atau peranti elektrik jika membeli stok-stok kenderaan yang terpilih di bawah promosi NX Luxury, manakala di bawah Promosi UX Premium, pelanggan akan menerima rebat $2,000 atau peranti elektronik.

LEX’Perience Ramadan dengan menggunakan kaedah digital melalui Wheel of Experience.
Antara kenderaan Lexus yang terdapat di Bilik Pameran Lexus di Gadong.