Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Sepuluh juta jualan kenderaan merupakan pencapaian penting Lexus yang diperoleh melalui kualiti rekaan yang unggul, pengalaman pelanggan dan juga inovasi.
Ketika mengumumkan perkara berkenaan semalam, Lexus berkata pencapaian ini muncul selepas prestasi jualan 2018 yang kukuh pada akhir tahun sehingga mencapai matlamat jualan terbaik di seluruh dunia.
Di samping itu, jenama yang mempelopori kenderaan elektrik hibrid mewah pertama di dunia pada tahun 2005 dan menawarkan 11 model elektrik di seluruh dunia itu, melepasi tahap jualan 1.45 juta unit di seluruh dunia. Dengan menggariskan warisan jenama dan komitmen untuk elektrifikasi, jualan kenderaan hibrid Lexus melonjak hampir 20 peratus pada tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya.
Dalam kenyataan yang disalurkan dari Lexus Brunei, jenama tersebut mengumumkan bahawa 698,330 unit kenderaan telah dijual di seluruh dunia dalam tahun kalendar 2018, peningkatan 4.5 peratus berbanding tahun kalendar 2017 yang mencatat jualan sebanyak 668,515 unit.
Segala kenderaan utiliti mewah yang kompak seperti RX dan NX, LC dan LS bersama dengan ES baharu dan UX yang pertama digabungkan untuk memimpin jenama gaya hidup mewah global dalam jualan tahunan terbaik.
“Lexus terus menikmati pertumbu-han yang pesat di seluruh dunia, memperluaskan jejaknya di pasaran baharu serta menegaskan semula kekuatannya di negara maju. Jenama Lexus yang jelas mengenai produk menakjubkan dan pengalaman terbaik pelanggan yang disediakan oleh pengedar menyokong pertumbuhan global untuk tahun-tahun akan datang,” kata Presiden Antarabangsa Lexus, Yoshihiro Sawa.
