Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lexus NX serba baharu dilancar

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Lexus Brunei hari ini telah melancarkan model NX serba baharu yang merupakan model pertama generasi Lexus akan datang.

    Susulan pelancaran digital Lexus NX baharu oleh Pengarah Urusan NBT (Brunei) Sdn Bhd, Haji Ahmad Omar bin Pehin Dato Haji Husin, satu tontonan umum telah diadakan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, NX serba baharu itu telah direka semula untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pemandu masa kini yang pelbagai dan berkembang serta memperkembangkan kepimpinan Lexus dalam kemewahan yang mampan.

    Lexus NX pertama kali ditayangkan pada 2014, berdasarkan konsep Premium Urban Sports Gear dan sejak itu, crossover mewah itu telah diterima dengan baik kerana prestasi pemanduan yang tangkas dan reka bentuk tersendiri.

    NX serba baharu berkenaan merupakan model pertama yang memperkenalkan generasi Lexus seterusnya dan berdasarkan konsep Vital x Tech Gear. Kenyataan menjelaskan, konsep berkenaan menggabungkan kedinamikan penting dengan teknologi termaju, menawarkan hala tuju baharu dalam reka bentuk luaran dan dalaman, penggunaan teknologi terkini untuk tahap keselamatan, keselesaan dan kemudahan yang lebih tinggi, serta multimedia dan ketersambungan generasi akan datang.

    Lexus akan menawarkan tiga versi di Brunei, termasuk Lexus NX 350 F Sport yang sporty dan Lexus NX 250.

    Haji Ahmad Omar dipetik berkata, “Apa yang akan awda lihat pada NX baharu ini adalah sejauh mana awda terlibat dan berhubung dengan kenderaan awda. Ada merasai pengalaman Lexus Driving Signature kami di mana awda akan merasakan kawalan yang lebih meluas apabila memandu di dalam kabin yang direka selesa, dibangunkan daripada konsep Tazuna.

    “Lexus menggabungkan reka bentuk berani kami ke dalam NX baharu dan sudah tentu Omotenashi kami yang luar biasa – memberikan pengalaman pelanggan terbaik yang tidak boleh ditiru oleh jenama lain,” tambah beliau.

    Lexus NX terbaharu yang dilancarkan di pasaran Brunei.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...