LG Electronics umum nama baharu telefon pintar

SEOUL, 12 APRIL – LG Electronics Inc hari ini mengumumkan nama telefon pintar baharunya yang dikenali sebagai ‘LG VELVET’ (gambar bawah), dijangka dikeluarkan di pasaran Korea Selatan bulan  depan, lapor agensi berita Yonhap.

Nama baharu itu diumumkan selepas syarikat berkenaan baru-baru ini mengatakan tidak akan menggunakan lagi jenama siri G.

LG dalam satu kenyataan berkata nama ‘velvet’ diberikan untuk menampilkan imej kelembutan dan kehalusan, dua ciri utama yang terdapat pada telefon pintar baharu itu.

Menurut sumber, produk baharu itu akan dijual dengan harga sekitar 800,000 won (AS$660). – Bernama