Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    LG V35 ThinQ dikuasakan SoC terkini

    LG telah menambah peranti dalam siri premium FullVision dengan memperkenalkan LG V35 ThinQ dan LG V35+ ThinQ. Satu-satunya perbezaan antara dua varian ini adalah storan dalaman, masing-masing 64GB dan 128GB.

    Telefon pintar ini didatangkan dengan Soc Qualcomm Snapdragon 845 terkini, selain daripada itu, ia agak serupa dengan LG V30S ThinQ yang diperkenalkan Februari lalu. LG V35 ThinQ menampilkan paparan OLED FullVision 6 inci yang sama dengan sokongan HDR10.

    Bagaimanapun, terdapat penambah-baikan pada kameranya dan ia telah meminjam tetapan dua kamera belakang 16MP dan mod Super Bright Camera daripada LG G7 ThinQ.

    LG V35 ThinQ didatangkan dengan kamera berasaskan AI yang memberikan cadangan kepada pengguna. Syarikat Korea Selatan itu menyatakan bahawa ia boleh mengecam 19 kategori seperti haiwan peliharaan, makanan, orang dan banyak lagi, untuk menyediakan pilihan penapis khas untuk objek dan suasana berkenaan.

    Dengan mod Super Bright Camera, peranti ini dapat mengenal pasti keadaan cahaya rendah secara automatik untuk merakam gambar yang kira-kira “empat kali lebih cerah daripada LG G6” dalam keadaan cahaya rendah ekstrem, menurut syarikat itu.

    Di samping itu, LG V35 mematuhi MIL-STD 810G dan mempunyai pensijilan kalis air IP68, serupa dengan peranti kemegahan lain syarikat berkenaan. Peranti ini juga menonjolkan 32-bit Hi-Fi Quad DAC dan penambahbaikan suara lain, termasuk DTS:X.

    Spesifikasi lanjut, LG V35 ThinQ menggunakan Android 8.0 Oreo dan menonjolkan paparan OLED FullVision Quad-HD+ (1440×2880 piksel) 6 inci yang dilindungi Corning Gorilla Glass 5.

    Seperti yang telah disebutkan, ia dikuasakan pemproses Qualcomm Snap-dragon 845 yang dipadankan dengan RAM LPDDR4x 6GB dan storan dalaman 64GB bagi varian LG V35 ThinQ dan 128GB bagi varian LG V35+ ThinQ dengan kedua-duanya boleh ditambah menerusi kad mikroSd (sehingga 2TB).

    Dari segi optiknya, LG V35 ThinQ mempunyai dua kamera belakang iaitu lensa sudut luas 16MP dengan apertur f/1.9 dan lensa sudut standard 16MP dengan apertur f/1.6. Di depan pula terdapat kamera sudut luas 8MP dengan apertur f/1.9.

    Pilihan sambungannya termasuk Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, NFC, dan port USB Type-C.

    Ia disokong bateri 3300mAh yang tidak boleh ditanggalkan dan didatangkan dengan teknologi Qualcomm Quick Charge 3.0 serta pengecasan tanpa wayar. Dari segi dimensi, ia berukuran 151.7×75.4×7.3mm dan berat 157g.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda