Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Li janji kukuh kerjasama dengan Uzbekistan

    BEIJING, 14 Mei – Pemimpin China berjanji semalam akan memperkukuh kerjasama dengan Uzbekistan dan meneruskan hubungan dua hala.

    China rela menggabung kepercayaan politik dengan Uzbekistan, mempertingkat tukaran dan memperluaskan kerjasama untuk memberikan faedah kepada rakyat kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Li keqiang ketika bertemu dengan Presiden Uzbek Shavkat Mirziyoyev, yang berada di sini untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa.

    Uzbekistan dialu-alukan untuk mengimport peralatan yang lebih kosefektif dan mesra alam dari China untuk membantu kempen perindustriannya, sementara China akan mengembang import produk Uzbek, kata Li.

    Beliau menggesa perusahaan saiz kecil dan sederhana kedua-dua negara supaya mempertingkat kerjasama demi faedah bersama dan kerjasama yang seimbang.

    Perdana Menteri Li Keqiang (kanan) bertemu Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev di Great Hall of the People di Beijing pada 13 Mei. – AFP
    Perdana Menteri Li Keqiang (kanan) bertemu Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev di Great Hall of the People di Beijing pada 13 Mei. – AFP

    Mirziyoyev berkata Uzbekistan boleh mempelajari daripada pengalaman pembangunan China, memperluas kerjasama dua hala dalam bidang termasuk infrastruktur pengangkutan, sumber tenaga dan galian, pemuliharaan air, peralatan, kapasiti perindustrian dan taman industri, demi mengembang hubungan dua hala kepada tahap baru.

    Dalam satu mesyuarat berasingan, Zhang Dejiang, pengerusi Jawatankuasa Kongres Rakyat Negara, meminta badan perundangan China dan Uzbek supaya mempertingkat lagi tukaran untuk memajukan Inisiatif Jalur dan Laluan dan memberikan jaminan undang-undang dan institusi untuk pertukaran individu yang lebih erat serta persekitaran yang lebih baik untuk pelaburan.

    Mirziyoyev berkata Uzbekistan akan terus mempertingkatkan hubungan dengan China untuk memastikan perkembangan hubungan yang sihat. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda