Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Li Ka-shing ambil alih Duet

    SYDNEY, 16 Jan – Syarikat Li Ka-shing, Cheung Kong Infrastructure hari ini melangkah lebih dekat kepada pengambilan alih sebuah kumpulan tenaga Australia, Duet dengan nilai lebih Aus$7 bilion, selepas rekomendasi dari lembaga kumpulan tenaga itu.

    Pada Disember lalu, jutawan Hong Kong itu telah memberikan tawaran Aus$3 setiap saham dengan bersyarat dan tanpa diminta bagi Duet.

    Ekoran kajian semula ke atas tawaran itu, lembaga Duet berkata ia bersetuju untuk mencadangkan pengambilan alih pada tawaran yang disemak semula pada AS$3.03.

    “Jumlah tunai dari AS$3.03 setiap sekuriti asas, termasuklah pembayaran pembahagian khas oleh Duet, pengiktirafan penuh nilai dan platform pertumbuhan akan datang yang telah dibentuk oleh pasukan pengurusan kami dan sinergi operasi dan pembiayaan tersedia untuk Konsortium,” pengerusi Duet, Doug Halley berkata dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Australia.

    Duet memiliki syarikat pengeluaran gas utama di negeri Barat Australia dan mempunyai syarikat gas dan elektrik di Victoria.

    Para pemegang saham akan mengundi berhubung urusan itu pada bulan April.

    Pengambilan alih Li itu akan juga perlukan kelulusan dari kerajaan persekutuan, yang tahun lalu telah menyekat usahanya untuk membeli rangkaian elektrik terbesar Australia, AusGrid.

    Langkah itu dihentikan oleh Canberra dengan alasan keselamatan negara selepas parlimen memperkenalkan peraturan lebih ketat bagi penjualan asing infrastruktur milik kerajaan Australia.

    Cheung Kong yang tersenarai di Hong Kong berperanan sejagat dalam infrastruktur dengan operasi di China, Britain, Kanada, Belanda, New Zealand dan Portugal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda