Liam dedah hubungan tidak direstui keluarga

Liam Hemsworth, 30, dan Miley Cyrus, 27, tidak menemui jalan penyelesaian yang baik apabila mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing tahun lalu, dan kini Liam baru memahami mengapa keluarganya teragak-agak untuk merestui hubungan cintanya dengan Miley.

“Liam merasakan Miley suka menghebohkan kisah rumah tangga mereka kepada orang awam tatkala dia sendiri hanya mendiamkan diri sahaja dan pergi ke Australia untuk meluangkan masa bersama keluarganya,” sumber eksklusif memberitahu HollywoodLife.

“Keluarga Liam tidak suka terdedah kepada publisiti, sangat tertutup dan mereka mengambil masa untuk merestui hubungan Liam bersama Miley. Ia memerlukan waktu untuk menerima hubungan mereka.”

“Mereka (keluarga Liam) mendengar pelbagai cerita di sebalik penceraian keduanya dan Liam sendiri mengetahuinya dan itulah perkara yang mereka bimbangkan dan katakan mengenainya selama bertahun-tahun ini,” tambah sumber itu.

“Dengan erti kata lain, mereka berdua bukanlah peminat tegar masing-masing dan ia berakhir dengan cara yang tidak baik kerana kedua-dua merasa sedih. Tiada sebab untuk mereka meneruskan perbincangan dan ia sangat menyakitkan.” – Agensi

Liam dan Miley yang sebelum ini dilihat me-rupakan pasangan yang secocok akhirnya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing tahun lalu. – Agensi