Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Libya larang kemasukan rakyat AS

    TRIPOLI, 28 Sept – Tripoli dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, mengumumkan kerajaan sementara negara itu akan melarang rakyat Amerika Syarikat (AS) memasuki Libya.

    Tindakan berkenaan sebagai tindak balas keputusan Presiden Donald Trump melarang warga Libya memasuki AS, lapor agensi berita China Xinhua.

    Kerajaan sementara itu menyifatkan langkah Trump sebagai meningkatkan lagi ketegangan yang disasarkan ke atas rakyat Libya.

    Libya turut menuduh AS meletakkan warganya sama seperti pengganas, kumpulan yang diperangi tentera negara itu dengan sokongan rakyat.

    Kedutaan AS di Libya pada Isnin mengumumkan bahawa kemasukan rakyat Libya ke AS digantung atas alasan keselamatan.

    Menurut kedutaan itu, Libya berdepan cabaran besar dalam hal berkaitan “perkongsian beberapa maklumat, seperti keselamatan dan keganasan yang diperlukan untuk perlindungan keselamatan awam dan negara AS.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda