Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Libya tanpa air setelah ancaman sabotaj

    TRIPOLI, 15 OGOS – Pihak berkuasa Libya menutup bekalan air ke wilayah negara itu setelah kumpulan bersenjata menuntut pembebasan seorang pegawai era Gaddafi yang dipenjara mengancam untuk mensabotaj bekalan air.

    Bekalan ke barat dan barat daya Libya terjejas dari kelmarin hingga hari ini, kata pihak berkuasa air Great Man-Made River.

    Mereka mengambil keputusan untuk memotong bekalan setelah lelaki bersenjata pada Khamis lalu menyerbu beberapa pusat bekalan air menuntut pembebasan Abdullah al-Senussi.

    Saudara ipar kepada diktator terdahulu Muammar Gaddafi, Senussi dijatuhi hukuman mati pada tahun 2015 atas tuduhan peranannya dalam usaha untuk menekan pemberontakan 2011 yang memuncak dalam penggulingan dan pembunuhan Gaddafi.

    Khamis lalu, kumpulan bersenjata itu memberi pihak berkuasa 72 jam untuk membebaskan Senussi, kata pihak berkuasa air.

    Sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka merancang untuk menyerang jaringan bekalan air dari sumur bawah tanah di Sahara ke Tripoli.

    Kenyataan dari pihak berkuasa Sungai Great Man-Made mengatakan lebih baik memotong bekalan air berbanding melihat sebarang kerosakan dalam mana-mana kemungkinan serangan.

    Senussi bawa pulang pada September 2012 oleh Mauritania, di mana dia melarikan diri setelah kejatuhan Gaddafi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -