Lien Kok Yow menang pakej saksikan Sukan Olimpik Tokyo

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Lien Kok Yow akan berpeluang menyaksikan Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang ditunda sehingga musim panas 2021, apabila menjadi pemenang utama kempen anjuran Visa dan Bank Standard Chartered (SCB).

Selaku pemenang utama, beliau memenangi pakej untuk dua orang ke sukan terkemuka dunia berkenaan, sementara itu, hadiah kedua berupa dua tiket penerbangan ke Tokyo dimenangi oleh Liew Juh Eng dan di tempat ketiga, Kam Boon Long memenangi TV HD pintar 65 inci.

Sementara itu, 17 pelanggan lain juga menerima 5,000 Royal Skies Miles setiap seorang. Para pemenang dipilih secara rambang dengan disaksikan oleh perwakilan daripada bank berkenaan.

Menurut kenyataan yang diberikan, sepanjang kempen yang telah berjalan dari Januari hingga penghujung April lalu itu, para pemegang kad kredit Visa Standard Chartered perlu berbelanja sekurang-kurangnya $50 untuk layak menyertai cabutan.

Sementara itu, pemohon baharu kad kredit berkenaan juga mendapat pengecualian bayaran tahunan di samping peluang tambahan dalam cabutan tersebut.

Tiga pemenang utama bergambar bersama Pemangku Ketua Perbankan Runcit Bank Standard Chartered, Jocelane Basir. – Gambar serahan SCB