JAKARTA, 9 Ogos – Bekas pemain tengah Tottenham Hotspur, Didier Zokora telah dilepaskan oleh Semen Padang, menurut kelab itu hari ini, menjadi pemain nama besar kedua yang telah dilepaskan daripada liga kebangsaan baru Indonesia dalam tempoh seminggu.
Pemain antarabangsa Ivory Coast, yang baru ditandatangani kelab yang berpangakalan di Padang empat bulan yang lalu, menyaksikan kontraknya dimansuhkan pada 2 Ogos atas sebab kewangan, menurut pengurus kelab, Win Bernandino.
Pemergiannya hadir selepas bekas pemain West Ham United dan penyerang Chelsea, Carlton Cole telah dipecat minggu lepas setelah gagal menjaringkan dalam tempoh empat bulan bersama Persib Bandung.
Bernadino berkata Zakora bermain dengan sangat baik, tetapi Semen Padang kehilangan penaja utama sebelum pusingan kedua Liga 1 Indonesia bulan ini. – AFP