Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Liga Arab sokong peranan Kuwait dalam krisis Qatar

KAHERAH, 18 Julai – Setiausaha Agung Liga Arab (AL) Ahmed Aboul Gheit menyuarakan sokongan penuh terhadap peranan Kuwait sebagai pengantara untuk menyelesaikan krisis Qatar, kata jurucakap liga berkenaan Mahmoud Afifi.

Agensi berita China Xinhua melaporkan, Gheit menyuarakan sokongan itu ketika pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Pertama Kuwait merangkap Menteri Luar, Sabah Al-Khaled Al-Sabah di Kaherah.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan perkembangan terkini di Palestin, Yaman, Syria, Libya dan Iraq selain krisis kewangan yang melanda Liga Arab.

Al Sabah turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry, pada Isnin. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -