Liga bola sepak Sepanyol teruskan latihan berpasukan

MADRID, 31 MEI – Liga Sepanyol mengatakan sesi latihan penuh pasukan akan disambung Isnin depan, menjelang perlawanan pertama yang akan dimainkan berikutan penangguhannya akibat koronavirus (COVID-19) beberapa bulan yang lalu.

La Liga mengatakan bahawa kerajaan Sepanyol memberikan kebenaran kelmarin untuk pasukan berlatih bersama.

Sehingga sekarang, pemain hanya terhad kepada latihan secara individu sahaja sebelum diteruskan ke latihan secara berkumpulan yang kecil.

Liga itu yang telah ditunda sejak 12 Mac lalu, akan dimulakan semula pada 11 Jun ini apabila Sevilla bakal menentang Real Betis tanpa penyokong hadir.

Hanya berbaki 11 pusingan perlawanan sahaja yang tersisa dimainkan semula hingga 19 Julai, menurut kerajaan Sepanyol.

Barcelona mendahului tempat pertama di liga dengan dua mata mendahului pasukan musuh ketatnya, Real Madrid yang berada di tempat kedua. – AP

Aksi Lionel Messi dari Barcelona ketika meraikan kemenangan menentang Manchester United semasa perlawanan lalu Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, London. – AP