Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Liga Futsal Brunei buka tirai

    oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Liga Futsal Brunei 2023 bermula susulan pembatalan sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19 di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) malam tadi.

    Minggu pertama perlawanan futsal menyaksikan pencabar kuat, Kasuka & Ar Rawda berdepan dengan PES yang menunjukkan permainan yang sengit kerana kedua-duanya berusaha untuk merampas tiga mata dalam carta liga.

    Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Haji Rosfazillah bin Haji Yusly hadir pada majlis perasmian selaku tetamu kehormat.

    Acara yang dinanti-nantikan itu bermula dengan kedua-dua pasukan memasuki gelanggang dengan diiringi tema rasmi Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD).

    Acara diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan diikuti oleh tetamu kehormat diperkenalkan kepada pasukan.

    Timbalan Pengarah Belia dan Sukan bergambar ramai dengan pasukan yang bertanding iaitu Kasuka & Ar Rawda dan PES.

    Tetamu kehormat kemudiannya bergambar ramai dengan kedua-dua pasukan sebelum sepak mula.

    Anjuran terakhir liga sebelum ini diadakan pada Jun 2021, tetapi ia hanya bertahan selama dua bulan berikutan gelombang kedua wabak COVID-19 di negara ini.

    Tahun lalu, aktiviti futsal disambung semula berikutan pelancaran Piala Futsal Brunei yang dimenangi oleh MS ABDB yang kini dikenali sebagai Perwira.

    Turut hadir pada majlis itu ialah ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD.

    Pertandingan akan diteruskan dengan perlawanan antara Arbisyam FC dan GG – Indera SC Futsal di Kementerian Pertahanan Isnin depan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...