Liga Indonesia kembali

JAKARTA, 19 JUN – Liga bola sepak Indonesia 2020, akan kembali dilangsungkan, dijadualkan pada bulan September atau Oktober ini.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi laman web rasminya memaklumkan bahawa liga satu dan dua untuk musim ini akan dilangsungkan kembali dengan kesesuaian protokol kesihatan yang ketat.

Menurutnya PSSI sedang menyusun penjadualan semula perlawanan, menyediakan garis panduan berkaitan peraturan perlawanan, protokol kesihatan kepada pemain, garis panduan untuk liputan media dan sebagainya, sebagai persiapan untuk menyambung kembali saingan liga yang dihentikan Mac lepas akibat penularan COVID-19. – Bernama